Follow Twitter Like Dashboard
Tokens?

TITLE; Exam SDKA la pulak .
Saturday, 26 November 2011 | 10:23:00 pm | 2 comments

Hola, Bermula hari ini 27 November 2011 sehinggalah 5 Disember 2011 sy tak boleh update blog sy sbb sy akn menjalani exam SDKA . Tapi bila habis exam je nanti , saya akan buat entry baru.

SDKA tu exam utk siapa yg ambik sekolah agama belah petang . Tak silap sy dekat Johor,Selangor dan Melaka aje yg buat sekolah Agama mcm ini. SDKA ni Sijil Darjah Khas Agama.

Mintak Maaf lagi sekali ye dan doa kan kejayaan saya supaya senang menjawab soalan2 nanti.
Thank you :) 

Heartz you all DEEP DEEP.

Labels:


TITLE; Ombak Rindu Bakal Mengganas
| 10:03:00 pm | 0 comments
Assalamualaikum!

Hah! Mesti korang tertanya-tanya kan . . .

"Asal tajuk entry ni Ombak Rindu Bakal Mengganas" HAHA


Ini lah novel popular karya Fauziah Ashari tu yg akan diadaptasi ke filem. Arahan Osman Ali. Ombak Rindu tajuknya.. Akan ditayangkan di pawagam bermula 1st December 2011.

Cerita ni memang best tau! Boleh menitis air mata bila baca novel ni. Tak sabar nak tengok filem nya pulak. Sedia baldi dulu sebelum tengok.


Antara Barisan Pelakon Ombak Rindu .

  Aaron Aziz- Hariz

  Maya Karin- Izzah

  Lisa Surihani- Mila Amylia

  Bront Palarae- Mail

  Azizah Mahzan- Datuk Sufiah


Sebelum filem ni keluar , kita baca dulu sinopsis nya :)


Sinopsis Ombak Rindu .


Izzah merupakan seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tuanya akibat kemalangan jalan raya.malangnya,Taha iaitu bapa saudara Izzah kemudiannya menjaganya.Ditambah pula dengan kebencian isteri Taha terhadap Izzah dan menuduh gadis itu membawa bencana kepada keluarga.


Disebabkan bebanan hutang,Pak Cik Taha sanggup menjual Izzah kepada tauke kelab malam. Dari situ Izzah mengenali Hariz yang membelinya dari tauke tersebut. Hariz kemudian menikahi Izzah diatas permintaan Izzah  bersyaratkan semua itu perlu dirahsiakan.


Cinta Izzah mula berputik kepada Hariz,namun kehadiran Mila Amylia iaitu anak kepada Tan Sri Rashdan dan dia merupakan model,pelakon terkenal tanahair telah mengugat cinta Izzah. Sanggupkah Izzah menerima Mila sebagai madunya? Bagaimana tindakan Datuk sufiah setelah mengetahui cerita sebenar? Adakah Hariz akan mencintai Izzah?


Itu sinopsis, Ini pulak sy nak tunjukkan kat korang scene2 dalam Ombak Rindu . # Sweet Gilos



Poster Filem Ombak Rindu





Pernikahan Hariz dan Mila




Hariz terlantar di hospital





Hariz dan Wafi


Scene paling daring dalam OR 


Loving each other :)


Media preview OR


Kalau nak baca atau apa yg terjadi masa Media Preview tu .



Hah! semua dah tengok kan? Ada tak perasaan korang ber Ombak tak sabar nak tgk citer ni? # Mesti Ada Punya. Movie ni ni lain daripada yg lain sbb Aaron sendiri menangis sebab taksub dengan watak2 ni. # Terharu


Ni Official Video Ombak Rindu. # I Think So :)


OST OR




Ni antara Artikel2 lain yg ada kaitan dengan Ombak Rindu






Harap korang suka dgn post ni. Saya baru ber blogger, beri saya tunjuk ajar . :)

Boleh Comment kat bawah tu. Thank you :)

Labels:


TITLE; Kelemahan Aaron Aziz
Tuesday, 22 November 2011 | 7:34:00 pm | 1 comments
Assalamualaikum. Kali ni mai nak ‘cakap’ pasal kelemahan Aaron Aziz.Yelah,mai tau..tak semua org suka kan Aaron Aziz. Tapi lepas abg Aaron berlakon dalam cerita #NoraElena,boleh dikatakan 80% orang Malaysia ni mula meminati abg Aaron. Bukan sahaja remaja,kanak2. Mak cik,pak cik,nenek,datuk juga ada meminati lakonan abg Aaron.Lagi2 kaum Hawa ni.. Meroyanz diorang bila kita ‘buka mulut’ pasal dia kan.Ramai yg jangka bahawa Aaron Aziz akan memenangi ABPBH 2011.Mudah-mudahan..

  Kembali pada tajuk utama kita.Dimanakah SILAP nya.Boleh dikatakan Aaron Aziz ni ialah Perfect Man walaupun kita tahu NO ONE PERFECT in this WORLD.

Sebab musabab sy cakap Aaron Aziz ‘Perfect Man’ adalah:
    
  - Aaron mempunyai bakat lakonan yg sangat bagus. Aaron berjaya menjiwai watak dgn baik    malah Terbaeeeek wok! Bak kata pepatah Aril AF7 kan. Jahat,Atagonis,Romantik,Funny,Blur2,Alim,Ustaz semua bolehhhhh.
                                    
                      
       Pegang watak seorang Ustaz dalam filem DR.Rozmey,2 Alam
        
        
 - Mempunyai pakej yg serba lengkap dlm semua aspek. Dari wajah,badan,sifat dan gaya nya sbg  Selebriti yg Macho gitu. Biar hidung tak MANCUNG mcm Adi Putra,asalkan MACHO! 

                 
 
                              Macho!
          
Wajahnya yg tampan,kacak,matured,cute dan hensem itu mampu mencairkan coklat Cadburry yg baru dikeluarkan dari peti ais apatah lagi hati wanita2 di luar sana. Alley Iskandar pun kata, perkara yg boleh buat hati diorang tu cair sbb SENYUMAN dia jugak. Slow motion je~                                                                                                                     Ohh… sy pun dah mula cair ni bila terbayang senyuman dia. *Angkat Kaki Masuk Peti Ais*


                     

                     Senyum tak perlu kata apa apa :)

-  Badannya yg tegap dan berketul-ketul mcm wrestler John Cena dan Triple H itu mampu membuatkan lelaki2 di luar sana takut nak ‘cari pasal’ dgn dia. Daripada diorang nak ngorat kak diyana,tak jadi sbb takut kena *dush dush dush* dgn Abg Aaron. Haha.. Gajah pun takut agaknya?

                   

                              Takut tak?


Sifat Aaron yg sungguh baik hati,peramah,mesra alam dan suka berjenaka itu membuatkan peminat2 nya berasa seronok dan tidak kekok apabila bersama (tpi sy tetap MALU,KAKU dan BEKU). Tak kiralah time sesi fotografi,majlis,event, TERserempak mahu pun di Twitter.Dia juga TIDAK PERNAH sombong dan sentiasa MERENDAH DIRI walaupun digelar ‘Jejaka Malaya’. (sy ckp mcm tu sbb sy pernah merasainya.Badan je BEKU dan KAKU, tapi dalam hati potpetpotpet pasal dia bila jumpa. Hehe..)  

                 

                 malu,BEKU,KAKU *senyuman gemuruh*
CLICK HERE TO CONTINUE READING >>

TITLE; Berakhir sudah Badai Semalam
Sunday, 20 November 2011 | 8:13:00 pm | 0 comments
                                         

Semua dah tau kan yg teater Badai Semalam dah berakhir pada 20.11.2011.. mmg "UNTUNG LAH" siapa yg dapat pergi tu. mai tak dpt pergi sbb... sbb2 yg tertentu. hehe.. mai TERSANGAT lah jealous tengok org2 yg dpt pergi teater tu. Diorang dpt jumpa Erra Fazira,Fizz Fairuz,Umie Aida,Erma Fatima,Ziela Jalil. and yg paling mai tak tahan tu, diorang dpt bergambar,bersembang and autograf  Aaron Aziz!!! woah! ini bikin wa panasss jaa.. haha! mmg tu peluang yg sgt berharga lah.. #aaronators ohh #aaronators . mmg untung siapa yg jadi #aaronators ni! mcm saya! tpi kali ni saya tak beruntung lahh.
Haaaa! ini lah gambar2 diorang yg pegi teater Badai Semalam tu yg dpt saya share dgn korang semua..


            Ini kak farra.. dia mmg slalu pergi event2 #aaronators ni.. sempat jugak menyelit yerr.. hehe


   Sesi fotografi/autograf lepas habis teater.


Comel tak? inilah senyuman dia yg paling comel!!. ini mai ambik dari #aaronators yg bernama kak Azura.


Ini lagi pro! siap dengan kak diyana sekali kak Ijah bergambar yerr..


Terbaikkkk! inilah semua #aaronators 2 yg pegi masa 18th december tu.
CLICK HERE TO CONTINUE READING >>

TITLE; Magis Aaron Aziz
Saturday, 19 November 2011 | 6:27:00 pm | 2 comments
                                   


AARON AZIZ antara jejaka paling ‘hot’ ketika ini. Biarpun sudah beristeri dan mempunyai tiga
cahaya mata, saham aktor ini terus melambung tinggi. Ramai jatuh cinta dengan lakonannya
bahkan memasang angan-angan memiliki pasangan seperti watak-watak yang pernah dijayakan
anak seni kelahiran Kota Singa ini.

Paling meninggalkan kesan, kemunculannya sebagai Seth Tan menerusi drama popular,
Nora Elena yang diadaptasikan dari novel berjudul sama. Penangan siri romantik ini cukup
besar hinggakan mampu membuai emosi kira-kira 800,000 penonton yang setia mengikutinya
hingga ke penghujung cerita. Hasilnya, nama Aaron terpateri kukuh pada hati peminat khususnya
di kalangan kaum Hawa.






Empat tahun berkelana di layar lebar dan kaca, dia yang membintangi lebih 10 filem dan kira-kira
20 drama serta telefilem kini berada di fasa selesa. Tidak perlu lagi memperkenalkan diri atau
menempuh fasa membuktikan bakat kerana kemampuannya sudah diperakui ramai.

Biarpun berjaya mengumpul ramai peminat sekali gus menjadi rebutan penerbit serta pengarah,
aktor ini tidak pernah mendabik dada. Bahkan apabila ada yang melabelkan dirinya Hero Malaya,
dengan rendah hati dia menolak kerana katanya gelaran itu belum layak disandangnya.


“Saya bersyukur dengan apa yang saya ada kini. Dapat bertahan dan masih ada yang sudi tawarkan
watak kepada saya pun sudah besar rahmat. Secara peribadi, susah untuk saya letakkan piawaian
pada diri.

“Mungkin tak perlu lagi perkenalkan diri kerana orang sudah tahu kemampuan saya. Fasa untuk
buktikan apa yang boleh saya buat sudah lepas dan untuk komen lebih daripada itu saya tidak berani
kerana adalah lebih molek jika penonton dan orang sekeliling yang menilainya.

“Apapun saya bertuah kerana kehadiran dalam industri seni Malaysia disambut baik bahkan dari
awal saya digandingkan dengan nama-nama besar dan berpengalaman termasuklah Rita Rudaini,
Erra Fazira,  Sharifah Amani dan Maya Karin. Kelebihan itu secara tidak langsung membuatkan laluan
saya semakin mudah,” katanya.

Aaron semakin dekat di hati masyarakat apabila menjadi pilihan utama penerbit melakonkan watak
utama naskhah yang dizahirkan daripada novel kesukaan ramai.
Bagai tertulis takdir, perwatakannya kena dengan ‘hero’ Ombak Rindu, Badai Semalam, Nora Elena,
Stanza Cinta dan terbaru bakal memulakan penggambaran Februari depan, Adam dan Hawa.

Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran jejaka bertubuh tegap ini tetapi senario itu seakan bonus
buatnya.


CLICK HERE TO CONTINUE READING >>


Old things | New things